02 Februari 2017 - Di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Barat Daya telah berlangsungnya Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran
yang telah di sampaikan oleh Pusat Pencegahan Kebakaran Malaysia.
Objektif utama taklimat ini diadakan adalah
untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan juga melengkapkan setiap
kakitangan dan pegawai dengan pengetahuan asas untuk mencegah kejadian
kebakaran terutamanya ketika berada di rumah dan ketika sedang memandu atau
jika berlakunya eksiden. Selain itu
diterangkan juga cara penggunaan alat pemadam api yang betul dan talian
kecemasan yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kebakaran.