February 27, 2018
Lebuh Downing
Pada 11 Februari 2018 bersamaan hari Ahad, pihak kontraktor telah hadir untuk membersihkan air yang bertakung di dalam lif Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Masalah ini kerap kali terjadi sekiranya hujan dan akan menyebabkan air mula bertakung di dalam lif. Hal ini menyukarkan pihak JKR untuk membaiki lif yang rosak tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kontraktor telah diarahkan oleh pihak Ibu Pejabat JKSNPP untuk membersihkan air yang bertakung. Pegawai yang turut hadir untuk memantau kerja-kerja pembersihan tersebut ialah Cik Nur Diana selaku Pembantu Tadbir (P/O) dan juga merangkap Setiausaha Zon Lebuh Downing. Syabas diucapkan kepada beliau kerana hadir untuk memantau sepanjang kerja-kerja pembersihan tersebut dijalankan.
|
Kerja-kerja pembersihan air sedang dijalankan. |
|
Keadaan di dalam lif yang penuh dengan air yang bertakung. |
|
Keadaan lif setelah air dibersihkan. |
Posted in: