KHAMIS, 28 JUN 2018 - Mesyuarat EKSA Bil.2/2018 bagi Zon Lebuh Downing telah diadakan bertempat di Bilik Sulh 1, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada pukul 4.50 petang.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut antaranya termasuklah Pertandingan Kaunter Terbaik yang akan diadakan tidak lama lagi. Ketua Zon berharap agar semua warga Zon Lebuh Downing untuk memberi kerjasama untuk menjayakan pertandingan tersebut dan menjadi pemenang bagi pertandingan tersebut.
Selain itu, Ketua Zon juga membincangkan berkenaan projek yang dinamakan "1 Ahli, 1 Pokok". Projek ini bertujuan untuk menggalakkan warga Zon Lebuh Downing untuk lebih mencintai alam sekitar sekaligus untuk mendidik mereka untuk lebih memberi komitmen dan tanggungjawab terhadap pokok yang telah diamanahkan.