Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH DOWNING BIL.2/2019


SELASA, 12 MAC 2019 - Mesyuarat EKSA Zon Lebuh Downing Bil. 2 bagi Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Sulh 1, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Ketua Zon Lebuh Downing iaitu Tuan Haji Abdul Munir bin Ghazali telah mengingatkan kepada semua warga Zon Lebuh Downing berkenaan Audit Dalam EKSA Bil.1/2019 yang akan diadakan pada 01 April 2019 dan 08 April 2019 sehingga 10 April 2019. Beliau berharap semua warga Zon Lebuh Downing dapat memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan Audit Dalam EKSA yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semasa mesyuarat tersebut juga, warga Zon Lebuh Downing membincangkan perkara berkenaan partition laci yang baharu bagi setiap kakitangan dan pegawai. Selain itu, pegawai pemantau Bilik Fail Kes iaitu Cik Noor Ashikin mengusulkan cadangan untuk memindahkan kotak fail yang terdahulu ke Bilik Fail Pelupusan kerana kekurangan ruang untuk menempatkan fail-fail yang terbaru. 

Mesyuarat tersebut tamat pada jam 4.00 petang.

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH KOLEJ VOKASIONAL, BALIK PULAU



KHAMIS, 07 MAC 2019 - Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan daripada pihak Kolej Vokasional, Balik Pulau. Kunjungan tersebut merupakan suatu lawatan Penanda Aras EKSA di antara Kolej Vokasional Balik Pulau dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JKSNPP.

Seramai 20 orang wakil daripada Kolej Vokasional Balik Pulau hadir pada jam 10.00 pagi yang mana mereka merupakan ketua zon EKSA bagi Kolej Vokasional Balik Pulau. Lawatan tersebut di mulakan dengan taklimat EKSA yang telah disampaikan oleh Tuan Abdul Rahman bin Abdullah dan juga Ketua Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, iaitu Tuan Haji Abdul Munir bin Ghazali.

Lawatan tersebut kemudiannya di teruskan dengan jamuan minum pagi dan lawatan ke seluruh bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Diharapkan dengan lawatan penanda aras ini dapat memberi sedikit sebanyak aspirasi kepada Kolej Vokasional Balik Pulau dalam usaha untuk mendapatkan Pensijilan EKSA (MAMPU).












SELAMAT DATANG WARGA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


Selamat datang diucapkan kepada warga Kolej Vokasional Balik Pulau ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya.

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH DOWNING BIL.1/2019

SELASA, 15 JANUARI 2019 - Mesyuarat EKSA Zon Lebuh Downing Bil.1 bagi Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Sulh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Mesyuarat pada hari itu membincangkan berkenaan aktiviti-aktiviti EKSA yang akan dijalankan dan lebih menumpukan kepada amalan EKSA supaya semua warga Zon Lebuh Downing sentiasa dan konsisten dalam memastikan ruang kerja dalam keadaan kemas, bersih dan ceria seiring moto EKSA di JKSNPP.


AKTIVITI GO GREEN ZON LEBUH DOWNING

KHAMIS, 20 DISEMBER 2018 - Zon Lebuh Downing telah mengadakan salah satu aktiviti Go Green dengan menanam pokok di sekitar perkarangan mahkamah. Antara pokok yang telah ditanam ialah pokok mangga, pokok limau nipis, pokok belimbing dan lain-lain. Setiap pokok telah ditanam oleh setiap seorang warga Zon Lebuh Downing. Di harapkan pokok yang ditanam akan subur dan dapat menyerikan lagi persekitaran dan perkarangan kawasan mahkamah.











PENSJILAN EKSA SEMULA DENGAN CEMERLANG

JUMAAT, 30 NOVEMBER 2018 - Penyampaian Sijil Pensijilan Semula EKSA telah disampaikan pada Perhimpunan Bulanan JKSNPP yang telah diadakan di Dewan Serbaguna KKSNPP. Tahniah diucapkan kepada semua Zon EKSA JKSNPP kerana telah memperoleh CEMERLANG dalam Pensijilan Semula EKSA berkuatkuasa pada 01 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga JKSNPP dan semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan dan menjadi budaya kepada semua warga JKSNPP.



Zon Lebuh Downing tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook