Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

PENYELENGGARAAN LAMPU DI DALAM DAN DI SEKITAR BANGUNAN MAHKAMAH

Pada 28 Februari 2018 pihak JKR Elektrik Cawangan Barat Daya telah hadir untuk membaiki dan menyelenggara lampu di dalam dan di sekitar bangunan mahkamah. Sebanyak 50 unit lampu kalimantang dan 25 unit lampu Downlight  telah ditukar dengan yang baru. Proses penyelenggaran ini mengambil masa selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 1 petang. Ribuan terima kasih dan syabas diucapkan kepada pihak JKR Elektrik Cawangan Barat Daya kerana telah bertungkus-lumus dalam proses penyelenggaraan ini.





SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?


Audit EKSA Bil. 1/ 2018 akan diadakan pada 01 Mac 2018. Diminta semua warga Zon Lebuh Downing bersedia dengan persiapan yang rapi. SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?

GOTONG ROYONG EKSA

Pada 23 Februari 2018 telah diadakan gotong-royong EKSA bagi warga Zon Lebuh Downing. Gotong-royong ini diadakan untuk memastikan persekitaran Zon Lebuh Downing dalam keadaan kemas dan kondusif. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Zon Lebuh Downing yang sentiasa memberikan penglibatan dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.











PERTUKARAN TARIKH AUDIT INDUK EKSA BIL.1/2018 ZON LEBUH DOWNING


Audit EKSA Bil.1/2018 akan diadakan pada tarikh baharu iaitu pada 1 Mac 2018 bersamaan hari Khamis. Maklumat ini telah disampaikan oleh Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi selaku Pengerusi Jawatankuasa Audit menerusi aplikasi Whatsapp JKSNPP Info Blast. Diharapkan semua warga Zon Lebuh Downing bersiap sedia untuk menghadapi Audit EKSA ini.

PENANGGUHAN AUDIT INDUK EKSA BIL.2018 ZON LEBUH DOWNING



Dukacita dimaklumkan bahawa Audit EKSA Bil.1/2018 Zon Lebuh Downing yang telah dijadualkan akan diadakan pada 22 Februari 2018 telah ditangguhkan untuk memberi laluan kepada "Program Diskusi Inquisitorial" yang turut sama diadakan pada hari yang sama. Tarikh Audit akan datang akan dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amat dikesali.

KERJA PEMBERSIHAN DAN PENGGILAPAN LANTAI (POLISH)


Pada 20 Februari telah diadakan kerja-kerja pembersihan dan penggilapan lantai (Polish). Kerja pembersihan tersebut telah dilakukan oleh pekerja yang telah diupah oleh pihak syarikat pembersihan - Gemilang Pesona Enterprise bermula seawal 9.30 pagi sehingga jam 7 malam. Kawasan lantai yang telah digilap ialah seluruh bangunan mahkamah termasuklah kawasan anjung masuk mahkamah.


Kerja penggilapan lantai sedang dijalankan di kawasan ruang pentadbiran.

Ruang legar


Anjung masuk



PEMBERSIHAN AIR DI DALAM LIF

Pada 11 Februari 2018 bersamaan hari Ahad, pihak kontraktor telah hadir untuk membersihkan air yang bertakung di dalam lif Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Masalah ini kerap kali terjadi sekiranya hujan dan akan menyebabkan air mula bertakung di dalam lif. Hal ini menyukarkan pihak JKR untuk membaiki lif yang rosak tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kontraktor telah diarahkan oleh pihak Ibu Pejabat JKSNPP untuk membersihkan air yang bertakung. Pegawai yang turut hadir untuk memantau kerja-kerja pembersihan tersebut ialah Cik Nur Diana selaku Pembantu Tadbir (P/O) dan juga merangkap Setiausaha Zon Lebuh Downing. Syabas diucapkan kepada beliau kerana hadir untuk memantau sepanjang kerja-kerja pembersihan tersebut dijalankan.




Kerja-kerja pembersihan air sedang dijalankan.

Keadaan di dalam lif yang penuh dengan air yang bertakung.

Keadaan lif setelah air dibersihkan.

TAKLIMAT BERSAMA PEKERJA PEMBERSIHAN

Pada 15 Februari 2018 telah diadakan taklimat ringkas bersama penyelia dan pekerja pembersihan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Taklimat ringkas tersebut diadakan untuk memastikan kebersihan di bangunan mahkamah dan juga Zon Lebuh Downing dalam keadaan baik dan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan tugas-tugas pekerja pembersihan. Taklimat tersebut diadakan di Bilik Sulh 1 Tingkat Bawah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya selama hampir satu jam. 


PEMBAIKAN CCTV DAN 'WATER PUMP' DI LEBUH DOWNING

Pada 14 Februari 2018 pihak kontraktor syarikat keselamatan, Paradise Security telah hadir untuk membaiki CCTV yang telah rosak. Hasil daripada pembaikan tersebut, CCTV di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya telah mula beroperasi dengan baik setelah mengalami kerosakan selama beberapa bulan. Tujuan CCTV tersebut dibaiki adalah untuk memastikan kawasan mahkamah terkawal dan selamat daripada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku dan untuk memastikan pengawal keselamatan lebih peka dengan keadaan sekeliling. 
Pihak kontraktor daripada syarikat Paradise Security sedang membaiki CCTV

CCTV telah mula beroperasi dengan baik setelah dibaiki.

Pada masa yang sama pihak JKR Mekanikal turut sama hadir untuk membaiki 'water pump' di dalam Rumah Pam yang telah menyebabkan bahagian kanan bangunan mahkamah mengalami ketiadaan air. Hasil daripada pembaikan, tersebut bekalan air di bahagian kanan bangunan mula ada dan memudahkan semua kakitangan dan pelanggan untuk menggunakan air di tandas yang telah di sediakan.


GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN

Pada 13 Februari 2018 telah diadakan gotong-royong bersama pekerja pembersihan untuk membersih dan mengemas Pondok Pengawal Keselamatan. Tujuan gotong-royong tersebut diadakan untuk memberi keselesaan kepada Pengawal Keselamatan untuk lebih komited dalam menjalankan tugas masing-masing di samping untuk menyahut objektif EKSA untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, sistematik, kondusif dan praktikal.








Syabas diucapkan kepada warga Lebuh Downing dan pekerja pembersihan yang terlibat. Diharapkan untuk hari gotong-royong akan datang semua warga Zon Lebuh Downing akan memberi penglibatan yang lebih menyeluruh. 

HARI KITAR SEMULA

Pada 07 Februari 2018 telah diadakan Hari Kitar Semula di Lebuh Downing. Barangan kitar semula diperoleh daripada surat khabar lama dan kotak-kotak terpakai yang telah dikumpul. Duit yang diperoleh hasil daripada kitar semula adalah sebanyak RM 28.00 dan telah direkodkan oleh AJK Kitar Semula iaitu Puan Jamaliah binti Syed Mohd. Hasil kutipan tersebut akan dimanfaatkan untuk semua aktiviti dan perbelanjaan EKSA di zon ini.



Pada bulan April 2017 iaitu tahun lepas juga turut diadakan Hari Kitar Semula pada tarikh 11 April 2017 dan kutipan yang terkumpul untuk penjualan barangan kitar semula adalah sebanyak RM 15.30. Turut diadakan semula penjualan surat khabar dan kotak-kotak terpakai pada bulan September 2017 iaitu pada 25 September 2017 . Hasil kutipan dan jualan tersebut sebanyak RM 15.10 diperolehi dan telah digunapakai untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan EKSA.

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH DOWNING BIL.1/2018

Pada hari Selasa bersamaan 06 Februari 2018 telah diadakan Mesyuarat  EKSA Bil. 1/2018. Mesyuarat tersebut diadakan di Bilik Sulh 1, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. 





Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Zon Lebuh Downing yang baru iaitu Tuan Haji Abdul Munir bin Haji Ghazali yang juga merupakan Penolong Pendaftar di mahkamah ini. Banyak perkara telah dibincangkan dalam Mesyuarat EKSA tersebut termasuklah perlantikan P.I.C (Person in Charge) yang baru bagi menggantikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar. Namun Ketua Zon lebih menitikberatkan peranan semua warga Zon Lebuh Downing untuk memberi sepenuh komitmen dalam menjaga persekitaran Zon Lebuh Downing tanpa mengira tugas sesiapa sekalipun.

Melalui Mesyuarat EKSA tersebut Ketua Zon memaklumkan berkenaan Audit Induk EKSA yang akan dijadualkan berlangsung di Lebuh Downing pada 22 Februari 2018 dan beliau meminta agar seluruh warga Zon Lebuh Downing supaya memberikan sepenuh komitmen dalam perlaksanaan EKSA supaya menjadi contoh yang terbaik kepada zon EKSA yang lain.

Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook