Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

LAWATAN PENANDA ARAS OLEH JABATAN KERJA RAYA DAERAH BARAT DAYA DAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA

KHAMIS, 07 NOVEMBER 2019 - Zon Balik Pulau telah berbesar hati menerima kunjungan daripada rombongan Jabatan Kerja Raya Barat Daya dan Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya. Kunjungan tersebut merupakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Zon Balik Pulau. Lawatan tersebut bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
 



 

PERTANDINGAN SURAU PALING EFISYEN DAN BEST PRACTICE EKSA 2019

RABU, 25 SEPTEMBER 2019 - Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP telah mengadakan satu Pertandingan Surau Paling Efisyen dan Best Practice EKSA 2019. Pertandingan itu meliputi seluruh zon EKSA JKSNPP. Pernilaian ini dilakukan oleh juri jemputan daripada Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang iaitu Puan Zalina.
 

 

PERTUKARAN NAMA ZON EKSA JKSNPP

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA telah sebulat suara bersetuju untuk menggunapakai nama baru bagi setiap ZON EKSA. Pertukaran nama zon ini berkuatkuasa pada 25 September 2019. Pertukaran tersebut melibatkan keseluruhan Zon.
 
1.   Zon Lebuh Victoria (Khidmat Pengurusan sumber manusia) ditukar nama kepada Zon Batu Gantung.
 
2.   Zon Lebuh Light (Mahkamah Tinggi Syariah) ditukar nama kepada Zon Georgetown.
 
3.   Zon Lebuh Queen (Mahkamah Rendah Syariah DaerahTimur Laut) ditukar nama kepada Zon Bandaraya.
 
4.   Zon Lebuh Downing (Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya) ditukar nama kepada Zon Balik Pulau.
 
5.   Zon Lebuh Armenian (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara) ditukar nama kepada Zon Bertam.
 
6.   Zon Lebuh King (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah ditukar nama kepada Zon Bukit Mertajam.
 
7.   Zon Lebuh Campbell (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan) ditukar nama kepada Zon Jawi.

GOTONG ROYONG EKSA BIL. 2/ 2019

JUMAAT, 06 SEPTEMBER 2019 - Gotong-Royong EKSA Bil. 2/2019 telah diadakan pada hari ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Tujuan Utama aktiviti gotong-royong ini diadakan adalah untuk persediaan menghadapi Audit Dalam EKSA yang akan dijalankan pada bulan November. Aktiviti telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
 
 
 

 
 
 

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH DOWNING BIL.2/2019


SELASA, 12 MAC 2019 - Mesyuarat EKSA Zon Lebuh Downing Bil. 2 bagi Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Sulh 1, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Ketua Zon Lebuh Downing iaitu Tuan Haji Abdul Munir bin Ghazali telah mengingatkan kepada semua warga Zon Lebuh Downing berkenaan Audit Dalam EKSA Bil.1/2019 yang akan diadakan pada 01 April 2019 dan 08 April 2019 sehingga 10 April 2019. Beliau berharap semua warga Zon Lebuh Downing dapat memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan Audit Dalam EKSA yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semasa mesyuarat tersebut juga, warga Zon Lebuh Downing membincangkan perkara berkenaan partition laci yang baharu bagi setiap kakitangan dan pegawai. Selain itu, pegawai pemantau Bilik Fail Kes iaitu Cik Noor Ashikin mengusulkan cadangan untuk memindahkan kotak fail yang terdahulu ke Bilik Fail Pelupusan kerana kekurangan ruang untuk menempatkan fail-fail yang terbaru. 

Mesyuarat tersebut tamat pada jam 4.00 petang.

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH KOLEJ VOKASIONAL, BALIK PULAU



KHAMIS, 07 MAC 2019 - Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan daripada pihak Kolej Vokasional, Balik Pulau. Kunjungan tersebut merupakan suatu lawatan Penanda Aras EKSA di antara Kolej Vokasional Balik Pulau dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JKSNPP.

Seramai 20 orang wakil daripada Kolej Vokasional Balik Pulau hadir pada jam 10.00 pagi yang mana mereka merupakan ketua zon EKSA bagi Kolej Vokasional Balik Pulau. Lawatan tersebut di mulakan dengan taklimat EKSA yang telah disampaikan oleh Tuan Abdul Rahman bin Abdullah dan juga Ketua Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, iaitu Tuan Haji Abdul Munir bin Ghazali.

Lawatan tersebut kemudiannya di teruskan dengan jamuan minum pagi dan lawatan ke seluruh bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Diharapkan dengan lawatan penanda aras ini dapat memberi sedikit sebanyak aspirasi kepada Kolej Vokasional Balik Pulau dalam usaha untuk mendapatkan Pensijilan EKSA (MAMPU).












SELAMAT DATANG WARGA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU


Selamat datang diucapkan kepada warga Kolej Vokasional Balik Pulau ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya.

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH DOWNING BIL.1/2019

SELASA, 15 JANUARI 2019 - Mesyuarat EKSA Zon Lebuh Downing Bil.1 bagi Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Sulh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Mesyuarat pada hari itu membincangkan berkenaan aktiviti-aktiviti EKSA yang akan dijalankan dan lebih menumpukan kepada amalan EKSA supaya semua warga Zon Lebuh Downing sentiasa dan konsisten dalam memastikan ruang kerja dalam keadaan kemas, bersih dan ceria seiring moto EKSA di JKSNPP.


Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook