Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

GOTONG ROYONG PERDANA



JUMAAT, 17 OGOS 2018 - Pada hari Jumaat lepas telah diadakan Gotong Royong Perdana di semua Zon EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Gotong-royong tersebut telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. 

 

Warga Zon Lebuh Downing telah bertungkus lumus membersih dan mengemas Bangunan Mahkamah Syariah Daerah Barat Daya. Tahniah dan terima kasih di ucapkan atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan Gotong Royong Perdana EKSA. Diharapkan semua warga zon akan sentiasa mengekalkan kebersihan dan kekemasan di Zon Lebuh Downing.



KITAR SEMULA


SELASA, 14 OGOS 2018 - Penjualan kertas dan kotak terpakai telah di adakan di Zon Lebuh Downing. Hasil daripada penjualan tersebut sebanyak RM 11.00 telah diterima. Hasil tersebut akan digunapakai untuk kegunaan EKSA di Zon Lebuh Downing pada masa akan datang.



LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARIPADA SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG




KHAMIS, 09 OGOS 2018 - Zon Lebuh Downing JKSNPP telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah hadir. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JKSNPP. Diharapkan dengan lawatan penanda aras ini dapat memberi aspirasi kepada Suruhanjaya Pelabuhan untuk lebih komited dalam perlaksanaan EKSA.






LAWATAN PENANDA ARAS EKSA

 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG BERSEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA, JKSNPP

PERTANDINGAN KAUNTER DAN BILIK FAIL TERBAIK

 
 
RABU, 08 OGOS 2018 - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik di setiap Zon EKSA JKSNPP. Juri bagi pertandingan tersebut ialah YAA Dato' Haji Mohd Shakir bin Abdul Hamid dan dua orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina dan Encik Sufian daripada Penjara Pulau Pinang. Keputusan pertandingan tersebut akan diumumkan kelak.

Zon Lebuh Downing tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook