Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN DOKUMENTASI MAYA EKSA

Pada 8 & 9 Oktober 2015, telah diadakan Bengkel Sistem Pengurusan Dokumentasi Maya EKSA yang bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini dan menukar sistem dokumentasi sedia ada (hard copy) kepada sistem maya (soft copy).



AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 2/2015

Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2015 telah diadakan pada 5 Ogos 2015 di Zon Lebuh Downing Mahkamah Syariah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Hasil daripada proses auditan yang telah dilakukan, didapati bahawa ada peningkatan mendadak yang berlaku atas kefahaman dan amalan EKSA kepada semua warga kerja di mana program secara bersama di setiap zon dibuat secara berkala seperti gotong-royong, program hari EKSA dan lain-lain program.

Hasil daripada auditan tersebut pemarkahan dan pencapaian keseluruhan zon telah diperolehi dan Zon Lebuh Downing mendapat markah sebanyak 92.08. Juruaudit yang menjalankan auditan tersebut adalah:

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5. Puan Shifa binti Abd Samad

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1/2015

Pada 23 Mac 2015 telah diadakan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2015 bertempat di Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Markah yang diperolehi oleh Zon Lebuh Downing adalah sebanyak 89.62. Juruaudit yang menjalankan proses auditan tersebut ialah :

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5. Puan Shifa binti Abd Samad





PERTANDINGAN RUMAH KUNCI PALING EFISIEN

Pertandingan Rumah Kunci Paling Efisien telah diadakan pada 4 Mac 2015 di Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Zon Lebuh Downing berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Kriteria utama yang dinilai bagi pertandingan tersebut ialah berdasarkan Arahan Keselamatan.


PERTANDINGAN BILIK PEGAWAI TERBAIK

Pertandingan Bilik Pegawai Terbaik telah diadakan pada 26 Februari 2015 di Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Zon Lebuh Downing berjaya memenangi Johan bagi Bilik Pegawai Terbaik Kategori Zon Keseluruhan. Kriteria utama yang dinilai bagi Pertandingan tersebut ialah dari segi imej korporat dan kreativiti pegawai tersebut.


LAWATAN EKSA JKSNPP KE JKS NEGERI SEMBILAN

Satu lawatan EKSA ke Jabatan Kehakiman Syariah (JKS) Negeri Sembilan telah diadakan pada 11 Disember 2014. Ia bersempena untuk penjenamaan semula 5S kepada EKSA. Lawatan tersebut disertai oleh Pengerusi Induk Audit, Pengerusi Induk Latihan, Pengerusi Induk Promosi, Penyelaras EKSA, Setiausaha EKSA, dan semua Ketua Zon dan wakil EKSA.

Terdapat banyak input yang diperoleh hasil daripada lawatan ke JKS Negeri Sembilan. Antaranya ialah lawatan tersebut memberi input dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif dalam melaksanakan EKSA di zon masing-masing dan memberi kesedaran berkaitan Go Green kepada setiap individu. Di samping itu juga, lawatan tersebut juga sedikit sebanyak memberi semangat kepada Ketua Zon dalam melaksanakan EKSA di zon masing-masing.




LAWATAN KERJA TRANSFORMASI & INOVASI KE MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA

Pada 15 hingga 17 Oktober 2014 pihak JKSNPP telah mengadakan satu Lawatan Kerja Transformasi & Inovasi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan informasi berkaitan EKSA di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Di samping lawatan berkaitan EKSA, jabatan juga mengadakan sukan persahabatan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua jabatan. Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah acara boling, badminton dan juga pingpong.

Lawatan kerja ini disertai oleh Pengerusi Induk Audit, Pengerusi Induk Latihan, Pengerusi Induk Promosi, Penyelaras EKSA, Setiausaha EKSA, dan semua Ketua Zon dan wakil zon masing-masing.






PERTANDINGAN KAUNTER TERBAIK DAN SUDUT EKSA PALING KREATIF

Pertandingan Kaunter Terbaik dan Sudut EKSA Paling Kreatif telah diadakan pada 13 & 14 Ogos 2014 yang lalu. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi. Zon Lebuh Downing dan telah berjaya merangkul Tempat Pertama bagi kedua-dua Pertandingan Kaunter Terbaik dan Sudut EKSA Paling Kreatif.









Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook