Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA 2016

Pada 28 Oktober 2016, telah diadakan Gotong-Royong Perdana EKSA 2016 di Zon Lebuh Downing. Semua ahli zon Lebuh Downing telah bertungkus-lumus menjayakan gotong royong tersebut. Syabas diucapkan kepada semua. Diharapkan semangat kerjasama akan terus berterusan.



 

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 2/2016

Pada 03 Ogos 2016 (Rabu) Audit Dalaman EKSA telah diadakan di Zon Lebuh Downing. Audit Dalaman tersebut diketuai oleh Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar. Juruaudit lain adalah Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Puan Zarina binti Mustapa, Puan Azlina binti Shafee, Puan Shifa binti Abd. Samad dan Encik Abdul Manaf bin Jamil. 


Masih terdapat beberapa teguran sewaktu auditan diadakan. Juruaudit juga telah membuat ujian pencarian fail terhadap dua orang kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya dan seorang pelajar praktikal.






ZON LEBUH DOWNING BERJAYA MEMPEROLEH SIJIL EKSA MAMPU




Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana Zon Lebuh Downing berjaya memperoleh Sijil EKSA dalam kategori Cemerlang. Setinggi penghargaan untuk semua warga Zon kerana tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk Zon Lebuh Downing. Di harapkan usaha ini tidak akan terhenti dan sentiasa diamalkan untuk kebaikan bersama.

HASIL PENEMUAN AUDIT PENSIJILAN EKSA (MAMPU)

Alhamdulillah Audit Pensijilan EKSA (MAMPU) telah berjalan dengan jayanya pada 14 Mac 2016. Proses auditan tersebut telah dijalankan oleh ENCIK AHMAD NAJME BIN MUHAMMAD. Namun terdapat beberapa teguran audit yang perlu diberi penambahbaikan dan tindakan segera oleh semua zon EKSA JKSNPP. 



Antara teguran dan hasil penemuan audit di Zon Lebuh Downing ialah :






Namun tindakan pembetulan telah dilakukan secepat mungkin oleh warga Zon Lebuh Downing dalam tempoh 24 jam agar pelaksanaan EKSA lebih menyeluruh dan diselaraskan dengan baik oleh setiap zon.












AUDIT PENSIJILAN EKSA (MAMPU)


AUDIT PENSIJILAN EKSA (MAMPU) akan dijalankan di Zon Lebuh Downing pada 14 Mac 2016 bermula pada pukul 1.30 sehingga 3.30 petang. Proses auditan tersebut akan dijalankan oleh ENCIK AHMAD NAJME BIN MUHAMMAD.

Seluruh warga Zon Lebuh Downing berbesar hati menerima kedatangan beliau pada 15 Mac ini.  Sama-sama kita nantikan.

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1/2016

Pada 24 Februari 2016 telah diadakan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2016.  Juruaudit yang menjalankan proses auditan tersebut ialah :

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5. Puan Shifa binti Abd Samad
6. Encik Abdul Manaf bin Jamil


COUNTDOWN : AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1/ 2016


Audit Dalaman EKSA Bil. 1/ 2016 akan diadakan pada 24 Februari 2016. Diminta semua warga Zon Lebuh Downing bersedia dengan persiapan yang rapi.

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF

Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif telah diadakan pada 13 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat JKSNPP. Juri pertandingan tersebut terdiri daripada Ketua Hakim Syarie dan dua orang Pegawai Teknologi Maklumat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP).


Antara kriteria penilaian untuk pertandingan blog tersebut ialah dari segi imej korporat dan kreativiti, kandungan blog, penggunaan tatabahasa yang betul, serta komitmen daripada ketua zon semasa pertandingan tersebut dijalankan.

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN DOKUMENTASI MAYA EKSA

Pada 8 & 9 Oktober 2015, telah diadakan Bengkel Sistem Pengurusan Dokumentasi Maya EKSA yang bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini dan menukar sistem dokumentasi sedia ada (hard copy) kepada sistem maya (soft copy).



AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 2/2015

Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2015 telah diadakan pada 5 Ogos 2015 di Zon Lebuh Downing Mahkamah Syariah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Hasil daripada proses auditan yang telah dilakukan, didapati bahawa ada peningkatan mendadak yang berlaku atas kefahaman dan amalan EKSA kepada semua warga kerja di mana program secara bersama di setiap zon dibuat secara berkala seperti gotong-royong, program hari EKSA dan lain-lain program.

Hasil daripada auditan tersebut pemarkahan dan pencapaian keseluruhan zon telah diperolehi dan Zon Lebuh Downing mendapat markah sebanyak 92.08. Juruaudit yang menjalankan auditan tersebut adalah:

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5. Puan Shifa binti Abd Samad

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1/2015

Pada 23 Mac 2015 telah diadakan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2015 bertempat di Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Markah yang diperolehi oleh Zon Lebuh Downing adalah sebanyak 89.62. Juruaudit yang menjalankan proses auditan tersebut ialah :

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5. Puan Shifa binti Abd Samad





PERTANDINGAN RUMAH KUNCI PALING EFISIEN

Pertandingan Rumah Kunci Paling Efisien telah diadakan pada 4 Mac 2015 di Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Zon Lebuh Downing berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Kriteria utama yang dinilai bagi pertandingan tersebut ialah berdasarkan Arahan Keselamatan.


PERTANDINGAN BILIK PEGAWAI TERBAIK

Pertandingan Bilik Pegawai Terbaik telah diadakan pada 26 Februari 2015 di Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Zon Lebuh Downing berjaya memenangi Johan bagi Bilik Pegawai Terbaik Kategori Zon Keseluruhan. Kriteria utama yang dinilai bagi Pertandingan tersebut ialah dari segi imej korporat dan kreativiti pegawai tersebut.


LAWATAN EKSA JKSNPP KE JKS NEGERI SEMBILAN

Satu lawatan EKSA ke Jabatan Kehakiman Syariah (JKS) Negeri Sembilan telah diadakan pada 11 Disember 2014. Ia bersempena untuk penjenamaan semula 5S kepada EKSA. Lawatan tersebut disertai oleh Pengerusi Induk Audit, Pengerusi Induk Latihan, Pengerusi Induk Promosi, Penyelaras EKSA, Setiausaha EKSA, dan semua Ketua Zon dan wakil EKSA.

Terdapat banyak input yang diperoleh hasil daripada lawatan ke JKS Negeri Sembilan. Antaranya ialah lawatan tersebut memberi input dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif dalam melaksanakan EKSA di zon masing-masing dan memberi kesedaran berkaitan Go Green kepada setiap individu. Di samping itu juga, lawatan tersebut juga sedikit sebanyak memberi semangat kepada Ketua Zon dalam melaksanakan EKSA di zon masing-masing.




LAWATAN KERJA TRANSFORMASI & INOVASI KE MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA

Pada 15 hingga 17 Oktober 2014 pihak JKSNPP telah mengadakan satu Lawatan Kerja Transformasi & Inovasi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan informasi berkaitan EKSA di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Di samping lawatan berkaitan EKSA, jabatan juga mengadakan sukan persahabatan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua jabatan. Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah acara boling, badminton dan juga pingpong.

Lawatan kerja ini disertai oleh Pengerusi Induk Audit, Pengerusi Induk Latihan, Pengerusi Induk Promosi, Penyelaras EKSA, Setiausaha EKSA, dan semua Ketua Zon dan wakil zon masing-masing.






PERTANDINGAN KAUNTER TERBAIK DAN SUDUT EKSA PALING KREATIF

Pertandingan Kaunter Terbaik dan Sudut EKSA Paling Kreatif telah diadakan pada 13 & 14 Ogos 2014 yang lalu. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi. Zon Lebuh Downing dan telah berjaya merangkul Tempat Pertama bagi kedua-dua Pertandingan Kaunter Terbaik dan Sudut EKSA Paling Kreatif.









Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook