Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

AKTIVITI GO GREEN ZON LEBUH DOWNING

KHAMIS, 20 DISEMBER 2018 - Zon Lebuh Downing telah mengadakan salah satu aktiviti Go Green dengan menanam pokok di sekitar perkarangan mahkamah. Antara pokok yang telah ditanam ialah pokok mangga, pokok limau nipis, pokok belimbing dan lain-lain. Setiap pokok telah ditanam oleh setiap seorang warga Zon Lebuh Downing. Di harapkan pokok yang ditanam akan subur dan dapat menyerikan lagi persekitaran dan perkarangan kawasan mahkamah.











PENSJILAN EKSA SEMULA DENGAN CEMERLANG

JUMAAT, 30 NOVEMBER 2018 - Penyampaian Sijil Pensijilan Semula EKSA telah disampaikan pada Perhimpunan Bulanan JKSNPP yang telah diadakan di Dewan Serbaguna KKSNPP. Tahniah diucapkan kepada semua Zon EKSA JKSNPP kerana telah memperoleh CEMERLANG dalam Pensijilan Semula EKSA berkuatkuasa pada 01 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga JKSNPP dan semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan dan menjadi budaya kepada semua warga JKSNPP.



MESYUARAT PENUTUPAN AUDIT PENSIJILAN EKSA MAMPU

KHAMIS, 04 OKTOBER 2018 - Mesyuarat Penutupan Audit Pensijilan EKSA MAMPU telah diadakan di Bilik Mesyuarat JKSNPP. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Jawatankuasa Induk dan semua Ketua Zon. Pihak Juruaudit telah memberi beberapa teguran dan pujian yang perlu dibuat penambahbaikan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan iaitu selama tiga (3) hari dan perlu diberi maklumbalas kepada pihak MAMPU.



PENILAIAN AUDIT EKSA MAMPU

SELASA, 02 OKTOBER 2018 - Pada hari ini telah berlangsungnya Audit Pensijilan EKSA MAMPU di beberapa Zon EKSA JKSNPP. Puan Zuasma binti Yahaya telah mengadakan auditan di Zon Lebuh Downing. Terdapat beberapa penemuan dan penambaikan yang perlu dilakukan dan akan dibentangkan pada Mesyuarat Penutupan Audit pada 04 Oktober 2018.




[AKAN DATANG] AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA (MAMPU)


JUMAAT, 28 SEPTEMBER 2018 - Audit Pensijilan Semula EKSA oleh pihak MAMPU akan diadakan pada 02 - 04 Oktober 2018. Mohon kerjasama daripada semua warga Zon Lebuh Downing dalam memastikan persekitaran zon dalam keadaan kemas dan teratur.

PERSEDIAAN MENGHADAPI AUDIT PENSIJILAN EKSA

SABTU, 22 SEPTEMBER 2018 - Warga Zon Lebuh Downing telah mengadakan hari gotong-royong pada hari Sabtu yang lepas. Gotong-royong tersebut diadakan bertujuan sebagai persediaan menghadapi Audit Pensijilan EKSA yang bakal berlangsung pada 02 - 04 Oktober 2018.

 



Tahniah dan syabas di ucapkan kepada seluruh warga Zon Lebuh Downing atas kesungguhan dan kerjasama untuk memastikan Zon EKSA sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur selaras dengan Motto EKSA, "KEMAS, BERSIH & CERIA PENCETUS TRASNFORMASI KERJA BERKUALITI".



PERTANDINGAN SUDUT INFORMASI & SUDUT PENGIKTIRAFAN PALING KREATIF SERTA LACI ALAT TULIS TERBAIK

KHAMIS, 20 SEPTEMBER 2018 - Jawatankuasa Promosi EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan dua pertandingan yang melibatkan semua Zon EKSA di JKSNPP. Pertandingan tersebut bertujuan sebagai persiapan menghadapi Audit Pensijilan Semula EKSA yang akan berlangsung pada 02 hingga 04 Oktober akan datang.

Pertandingan yang telah berlangsung ialah Pertandingan Sudut Informasi & Sudut Pengiktirafan Yang Paling Kreatif serta Pertandinagn Laci Alat Tulis Terbaik. Juri bagi pertandingan tersebut ialah YAA Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, YA Tuan Mohd Yunus bin Mohamad Zin serta juri jemputan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Puan Habibah binti Mat Akib.


Para juri sedang membuat penilaian.


Warga Zon Lebuh Downing sedang bertungkus lumus untuk memastikan Sudut Informasi dan laci dalam keadaan tersusun dan kemas.

LEBUH DOWNING MEMENANGI TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN TAHUN 2018

JUMAAT, 07 SEPTEMBER 2018 - Tahniah di ucapkan kepada warga Zon Lebuh Downing kerana berjaya memenangi Tempat Ketiga bagi Pertandingan Bilik Fail Paling Efisien Tahun 2018. 

GOTONG ROYONG PERDANA



JUMAAT, 17 OGOS 2018 - Pada hari Jumaat lepas telah diadakan Gotong Royong Perdana di semua Zon EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Gotong-royong tersebut telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. 

 

Warga Zon Lebuh Downing telah bertungkus lumus membersih dan mengemas Bangunan Mahkamah Syariah Daerah Barat Daya. Tahniah dan terima kasih di ucapkan atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan Gotong Royong Perdana EKSA. Diharapkan semua warga zon akan sentiasa mengekalkan kebersihan dan kekemasan di Zon Lebuh Downing.



KITAR SEMULA


SELASA, 14 OGOS 2018 - Penjualan kertas dan kotak terpakai telah di adakan di Zon Lebuh Downing. Hasil daripada penjualan tersebut sebanyak RM 11.00 telah diterima. Hasil tersebut akan digunapakai untuk kegunaan EKSA di Zon Lebuh Downing pada masa akan datang.



LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARIPADA SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG




KHAMIS, 09 OGOS 2018 - Zon Lebuh Downing JKSNPP telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah hadir. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JKSNPP. Diharapkan dengan lawatan penanda aras ini dapat memberi aspirasi kepada Suruhanjaya Pelabuhan untuk lebih komited dalam perlaksanaan EKSA.






LAWATAN PENANDA ARAS EKSA

 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG BERSEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA, JKSNPP

PERTANDINGAN KAUNTER DAN BILIK FAIL TERBAIK

 
 
RABU, 08 OGOS 2018 - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik di setiap Zon EKSA JKSNPP. Juri bagi pertandingan tersebut ialah YAA Dato' Haji Mohd Shakir bin Abdul Hamid dan dua orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina dan Encik Sufian daripada Penjara Pulau Pinang. Keputusan pertandingan tersebut akan diumumkan kelak.

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH DOWNING BIL.2/2018


KHAMIS, 28 JUN 2018 - Mesyuarat EKSA Bil.2/2018 bagi Zon Lebuh Downing telah diadakan bertempat di Bilik Sulh 1, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada pukul 4.50 petang. 

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut antaranya termasuklah Pertandingan Kaunter Terbaik yang akan diadakan tidak lama lagi. Ketua Zon berharap agar semua warga Zon Lebuh Downing untuk memberi kerjasama untuk menjayakan pertandingan tersebut dan menjadi pemenang bagi pertandingan tersebut.

Selain itu, Ketua Zon juga membincangkan berkenaan projek yang dinamakan "1 Ahli, 1 Pokok". Projek ini bertujuan untuk menggalakkan warga Zon Lebuh Downing untuk lebih mencintai alam sekitar sekaligus untuk mendidik mereka untuk lebih memberi komitmen dan tanggungjawab terhadap pokok yang telah diamanahkan.





MENGHIAS KAUNTER MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA



RABU, 13 JUN 2018 - Aktiviti menghias kaunter Mahkamah telah dijalankan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Aktiviti tersebut sedikit sebanyak memupuk semangat kerjasama di antara warga Zon Lebuh Downing. Syabas dan terima kasih di ucapkan kepada semua. 

Di kesempatan ini, kami warga Zon Lebuh Downing ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.



PENUKARAN LAMPU ROSAK DI KAUNTER MAHKAMAH


SELASA, 05 JUN 2018 - Proses penukaran lampu yang rosak telah dilakukan oleh warga Zon Lebuh Downing. Terima kasih di ucapkan atas kerjasama pihak yang terlibat. Diharapkan seluruh warga Zon Lebuh Downing lebih selesa dengan suasana kerja yang lebih selesa dan kondusif.

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF JKSNPP




RABU, 23 MEI 2018 - Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif telah di adakan di Bilik Mesyuarat JKSNPP. Pertandingan tersebut telah disertai oleh 7 Zon EKSA JKSNPP iaitu Zon Lebuh Downing, Zon Lebuh Campbell, Zon Lebuh Light, Zon Lebuh King, Zon Lebuh Queen, Zon Lebuh Armenian dan Zon Lebuh Victoria. Juri jemputan bagi mengadili pertandingan tersebut ialah Puan Siti Fairuz binti Mustafa dan Puan Salbiah binti Mat.

Ketua Zon dan Pentadbir Blog EKSA bagi setiap zon dikehendaki mempersembahkan blog bagi zon masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua warga EKSA JKSNPP yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang sebaiknya.


Juri jemputan bagi mengadili pertandingan tersebut ialah Puan Siti Fairuz binti Mustafa dan Puan Salbiah binti Mat.





Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook