Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

PERTANDINGAN INNOVATION CHALLENGE PERINGKAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Ahli Kumpulan Downing Street Fighters

Pada 18 November 2016 telah diadakan Pertandingan Innovation Challenge Peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan tersebut telah diadili oleh Y.A Tuan Ahmad Irwan bin Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan dua orang juri jemputan daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Pertandingan tersebut telah disertai oleh 9 kumpulan yang mewakili lebuh masing-masing. Bagi Zon Lebuh Downing, empat orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut iaitu Tuan Zaini bin Abd Rahim, Puan Nor Aziani binti Mustaffa, Puan Nisrin Hasibah binti Osman dan Cik Noor Ashikin binti Hamzah. Kumpulan tersebut dinamakan sebagai DOWNING STREE FIGHTERS dan mempertaruhkan projek inovasi yang dinamakan sebagai COURT ORDER ON DEMAND (COD).

Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan DOWNING STREET FIGHTERS kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Innovation Challenge tersebut dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100.


Barisan Peserta Pertandingan Innovation Challenge

Zon Lebuh Downing tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook