Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

PERTANDINGAN SUDUT INFORMASI & SUDUT PENGIKTIRAFAN PALING KREATIF SERTA LACI ALAT TULIS TERBAIK

KHAMIS, 20 SEPTEMBER 2018 - Jawatankuasa Promosi EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan dua pertandingan yang melibatkan semua Zon EKSA di JKSNPP. Pertandingan tersebut bertujuan sebagai persiapan menghadapi Audit Pensijilan Semula EKSA yang akan berlangsung pada 02 hingga 04 Oktober akan datang.

Pertandingan yang telah berlangsung ialah Pertandingan Sudut Informasi & Sudut Pengiktirafan Yang Paling Kreatif serta Pertandinagn Laci Alat Tulis Terbaik. Juri bagi pertandingan tersebut ialah YAA Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, YA Tuan Mohd Yunus bin Mohamad Zin serta juri jemputan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Puan Habibah binti Mat Akib.


Para juri sedang membuat penilaian.


Warga Zon Lebuh Downing sedang bertungkus lumus untuk memastikan Sudut Informasi dan laci dalam keadaan tersusun dan kemas.

Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook