Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH DOWNING BIL.2/2019


SELASA, 12 MAC 2019 - Mesyuarat EKSA Zon Lebuh Downing Bil. 2 bagi Tahun 2019 telah diadakan di Bilik Sulh 1, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Ketua Zon Lebuh Downing iaitu Tuan Haji Abdul Munir bin Ghazali telah mengingatkan kepada semua warga Zon Lebuh Downing berkenaan Audit Dalam EKSA Bil.1/2019 yang akan diadakan pada 01 April 2019 dan 08 April 2019 sehingga 10 April 2019. Beliau berharap semua warga Zon Lebuh Downing dapat memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan Audit Dalam EKSA yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semasa mesyuarat tersebut juga, warga Zon Lebuh Downing membincangkan perkara berkenaan partition laci yang baharu bagi setiap kakitangan dan pegawai. Selain itu, pegawai pemantau Bilik Fail Kes iaitu Cik Noor Ashikin mengusulkan cadangan untuk memindahkan kotak fail yang terdahulu ke Bilik Fail Pelupusan kerana kekurangan ruang untuk menempatkan fail-fail yang terbaru. 

Mesyuarat tersebut tamat pada jam 4.00 petang.

Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook