Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

LAWATAN KERJA TRANSFORMASI & INOVASI KE MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA

Pada 15 hingga 17 Oktober 2014 pihak JKSNPP telah mengadakan satu Lawatan Kerja Transformasi & Inovasi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan informasi berkaitan EKSA di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Di samping lawatan berkaitan EKSA, jabatan juga mengadakan sukan persahabatan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua jabatan. Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah acara boling, badminton dan juga pingpong.

Lawatan kerja ini disertai oleh Pengerusi Induk Audit, Pengerusi Induk Latihan, Pengerusi Induk Promosi, Penyelaras EKSA, Setiausaha EKSA, dan semua Ketua Zon dan wakil zon masing-masing.






Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook