Kemas, Bersih dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Pages

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 2/2015

Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2015 telah diadakan pada 5 Ogos 2015 di Zon Lebuh Downing Mahkamah Syariah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Hasil daripada proses auditan yang telah dilakukan, didapati bahawa ada peningkatan mendadak yang berlaku atas kefahaman dan amalan EKSA kepada semua warga kerja di mana program secara bersama di setiap zon dibuat secara berkala seperti gotong-royong, program hari EKSA dan lain-lain program.

Hasil daripada auditan tersebut pemarkahan dan pencapaian keseluruhan zon telah diperolehi dan Zon Lebuh Downing mendapat markah sebanyak 92.08. Juruaudit yang menjalankan auditan tersebut adalah:

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5. Puan Shifa binti Abd Samad

Zon Balik Pulau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat daripada blog ini. Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Facebook